12 April 2009

perak alpha street shooting (PJ)

hari nie dalam pukul 8.30 pagi aku dan waq(JT) join bebudak alpha perak buat street shooting and photojournalist kat Loken Ipoh. dah lama aku tak pegi Loken ni. Time aku sampai dah ramai dah manusia penuhi pasar pagi ni. kami sarapan dulu kat sana and start pukul 9.30 kami mulakan tugas photojournalist nie. aku pun ikut la flow ( xde subjek nak shoot lagi dalam otak). nie adalah beberapa shoot yang aku buat masa time tu.

antara subjek yang terpilih...

1. DHAB 
( sejenis haiwan yang sebenarnya xde kat malaysia. tah macam mana diorang bela, katanya bole buat ubat. asal dari mana..hmm negara arab kot... entah?

PJ001
PJ002
PJ003


2. PEOPLE 
(aku tengok pakcik nie selamba jer bukak gerai dia tengah-tengah hala orang lalu lalang... mungkin tempat asal dia kena kebas orang kut?..ntah. aku tengok mula-mula dia berdiri tengah jalan tu lama gak... sedar-sedar dia dah start meniaga tengah jalan tu...)


PJ004


(orang jual belon nie dari tadi ke hulu ke hilir jual belon dia... aku pun snap la coz tetiba belon tu lalu atas kepala orang pakai helmet tu... nampak macam dia tengah fikirkan watak-watak belon tu... kebetulan ah so tu pun tengok)

PJ005


(aku tengok patung baby nie aku jadi takut la pulak... macam ada sesuatu...huish... ntahla aku memang bab-bab patung nie seram skit... teringat cerita CHUCKY lak)

PJ006


(gambar yang last nie xde kene mengena dengan street shooting atau photojournalist langsung. saja nak buat lawak ke promote pringles ke aku pun tak tau. konon macam lens beercan baru la kot)

PJ007


tu la antara cerita-ceritanya. aku rasa post ni la paling banyak aku tulis (yer la photojournalist kena banyak bercerita...kata orang. aku pun tak tau. dah la tu, penat jari aku. tengok la nanti ada masa aku upload lagi.